Ah!!! Betul ke apa yang mata aku lihat ni? Abang berbual dengan Ryaan Emmanuel. Mesra pula tu... Bila pula masanya mereka berdua ni kenal????? Persoalan demi persoalan datang ,menerpa ke dalam minda Allen Easther. Dia menarik tangan Ruby Ruth lalu melangkah ke arah abangnya. Ruby Ruth yang terpinga-pinga dengan tindakan kawannya itu hanya menurut langkah Allen Easther sahaja.
`` Abang,” Allen Eather memanggil Alexus Patrus. Serentak itu, ketiga-tiga pemuda itu menoleh ke arah Allen Easther. Alexus Patrus hanya tersenyum kecil bila melihat kerutan dikening adiknya itu.
`` Oh, mari sini Al. Abang kenalkan dengan Ryaan Emmanuel dan Johnathan Philip.” Alexus Patrus menarik lembut tangan adiknya itu. Allen Easther hanya menurut sahaja.
`` Al, ni Ryaan dan ini John.” Allen Easther menghadiahkan secangkir senyuman apabila diperkenalkan oleh abangnya. Dia menyambut huluran tangan Ryaan Emmanuel dan Johnathan Philip.
`` Oh ya. Ini kawan baik Al. Ruth.” Allen Easther memperkenalkan pula Ruby Ruth kepada kedua-dua pemuda itu. Ruby Ruth tersenyum lalu bersalam dengan Ryaan Emmanuel dan Johnathan Philip.
`` Baguslah kalau dah kenal-kenal macam ni. Nanti boleh berkawan baik. Ni tak, nama je satu sekolah, tapi tak pernah nak bertegur sapa.” Ujar Alexus Patrus sambil menjeling adiknya yang berdiri disebelahnya. Allen Easther mencubit lengan abangnya itu.
`` Ada ke kata macam tu. Al ok je dengan semua orang. Mereka dua ni je yang tak sudi nak berkawan dengan Al.”
Pula... Ryaan Emmanuel merenung wajah Allen Easther. Allen Easther yang perasan dengan renungan Ryaan Emmanuel hanya menundukkan wajahnya sahaja.
`` Entahlah siapa yang sudi siapa pula yang tak sudi. Nak kata banyak-banyak nanti ada yang kecil hati.” Ujar Johnathan Philip.
`` Ala, benda kecik je tu. Anggaplah ni first time kita semua jumpa and kenal. Tak payah nak ribut-ribut. Nanti tsunami pula.” Sahut Ruby Ruth. Alexus Patrus dan Johnatan Philip tertawa mendengar bicara Ruby Ruth.
`` Ha, Al... Kenapa diam je ni?” tanya Alexus Patrus. Allen Easther yang tersentak dengan pertanyaan abangnya itu terus memeluk manja lengan abangnya. Alexus Patrus hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tak habis-habis dengan perangai manja dia ni.
`` Kenapa ni?” Tanya abangnya. Allen Easther hanya mampu menggelengkan kepalanya.
`` Ala, Al, janganlah nak bermanja tengah-tengah public ni.” Usik Ruby Ruth. Ryaan Emmanuel dan Jonathan Philip yang mengetahui perkara sebenar hanya tersenyum.
`` Jeles. Nanti Al kenalkan abang Al dengan Ruth. Nak tak?” Allen Easther bertanya sambil mengeyitkan matanya dan tersenyum.
Ya Tuhan... Cantiknya dia... bisik hati kecil Ryaan Emmanuel.
`` Mulalah tu. Nak buat kerja mengarut dia. Tapi kan, cakap tentang abang Al, kenapa Al tak pernah kenalkan dia dengan kami?” tanya Ruby Ruth. Alexus Patrus hanya mendiamkan diri.
`` Ala, kalau Al kenalkan nanti, tentu Ruth nak ngorat abang Al. Abang Al kan hensem. Macam adiknya yang cantik ni lah.” Selamba sahaja Allen Easther menyahut pertanyaan kawannya itu. Alexus Patrus tergelak kecil.
`` Ada ke macam tu. Tapi ok jugalah kalau Ruth jadi kakak ipar Al.” Ruby Ruth membalas usikan kawannya itu. Spontan tawa Alexus Patrus mati.
`` Aik, tadi bergelak sakan. Kenapa berhenti ketawa?” tanya Ruby Ruth hairan. Allen Easther pula yang ketawa.
`` Erm... ok juga kalau Ruth jadi kakak ipar Al. Boleh tolong Al buat kerja rumah.” usikan Allen Easther terus-menerus. Alexus Patrus mencuit lengan adiknya itu.
`` Tapi kan, cuba Ruth teka macam mana rupa abang Al. Kalau betul, nanti Al kenalkan abang Al kat Ruth.” Allen Easther teringin mendengar penilaian dari kawan baiknya itu tentang rupa abangnya. Ruby Ruth termenung sejenak. Allen Easther tahu yang abangnya itu sudah jatuh hati dengan kawan baiknya itu.
`` Mengikut pertimbangan dan perkiraan saya, abang Al tu orangnya tinggi. Warna kulit putih. Macam kulit Al. Hidung dia mancung sikit kot macam Al. Erm, smart orangnya sebab Al pun tergolong dalam golongan itu. Mulut dia macam mulut Al...”
`` Wait... Wait... Kalau semua macam Al, maksudnya itu Al lah. Bukan abang Al.” Ryaan Emmanuel dan Johnathan Philip yang menjadi pendengar setia hanya ketawa kecil. Wajah Ruby Ruth masam akibat usikan sahabatnya itu.
`` Ok... Ok... betul lah tu... nanti Al kenalkan Ruth ngan Abang Al. Confirm terus jadi calon kakak ipar.” Ketawa Allen Easther meletus usai berkata begitu. Disambut pula dengan tawa Ryaan Emmanuel dan Johnathan Philip.
`` Ala, kenalkan dulu abang Al dengan Ruth. Kalau Ruth tengok ok, baru Ruth tawarkan diri jadi kakak ipar Al.” Terlopong Alexus Patrus mendengar kata-kata Ruby Ruth. Sesungguhnya, dia jatuh hati dengan gadis itu bila pertama kali melihat gadis itu. Allen Easther mengangkat-ngangkat keningnya sambil memandang muka abangnya.
`` Yang Al bagi signal menggatal tu dengan Alex kenapa?” tanya Ruby Ruth hairan.
`` Tak ada apa-apa. Jom kita ambil makanan jap. Lapar lah pula.” Ujarnya lalu menarik tangan Ruby Ruth.
`` Kejap, kami dua nak ambil makanan jap.” Ketiga-tiga pemuda itu hanya mampu menganggukkan kepala. Majlis pada malam itu berjalan dengan lancar. Hampir tengah malam barulah festival sekolah itu habis.
`` Oklah. Abang balik dulu. Tuan puteri ni dah mengantuk dah. Tengok je lah muka dia ni.” Ujar Alexus Patrus sambil memaut bahu adiknya.
`` Ok. Kalau ada masa kita jumpa lagi.” Ujar Ryaan pula.
`` Erm... yang tu susah sikit.”
`` Kenapa?” laju sahaja mulut Ruby Ruth bertanya.
`` Sebab saya akan sambung study minggu depan. Kat New Zealand. Sambung master.” Terangguk-angguk kepala mereka bertiga mendengar penjelasan dari Alexus Patrus.
`` Sebelum tu, saya nak bagitau perkara sebenar. Ryaan dan John dah tahu dah..” terangkat kepala Allen Easther bila mendengar bicara abangnya.
`` Sebenarnya, saya ni abang kandung Al. Dia saja-saja kenalkan saya sebagai boyfriend dia. Tak tau kenapa.” Ruby Ruth memandang wajah Allen Easther meminta penjelasan.
`` Ya, dia abang Al.” Lambat-lambat Allen Easther memberitahu. Darah menyerbu ke muka Ruby Ruth. Dia teringat kata-katanya tadi. Malunya.........
`` Hmm... Ruth, macam mana? Dah tengok muka abang Al kan. Nak ke tawarkan diri jadi kakak ipar Al?” tanya Alexus Patrus mengusik. Ruby Ruth hanya menundukkan wajahnya. Terasa dia ingin menghantukkan kepalanya ke dinding.
`` Boleh abang cakap dengan Ruth sebentar. Private.” Ruby Ruth terpinga-pinga memandang wajah Alexus Patrus. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke wajah Allen Easther.
`` Pergilah... Abang Al tu tak makan orang. Dia makan nasi je.” Perlahan-lahan Ruby Ruth mengikut langkah Alexus Patrus.
**********************************************************************
No comments:
Post a Comment