Selepas habis latihan di padang sukan petang itu, Ryaan Emmanuel melangkah ke dewan tempat Allen Easther berlatih drama. Sesampai di bangunan besar itu, perlahan-lahan dia menolak pintu dewan. Tidak mahu mengganggu sesi latihan yang sedang dijalankan. Ryaan Emmanuel berdiri di tepi pintu. Dia lebih selesa menjadi penonton di sudut itu. Leka dia memerhatikan latihan itu. Sesekali terdengar suara Allen Easther memberi arahan kepada para pelakon pentasnya.
`` Al, bukan ke itu Ryaan? Apa dia buat disini?” tanya Ruby Ruth. Allen Easther menoleh ke belakang. Jelas kelihatan Ryaan Emmanuel sedang berdiri di tepi pintu sambil berpeluk tubuh.
`` Entahlah. Al pun tak tau juga.” Sahut Allen Easther. Ruby Ruth tersenyum.
`` Ok semua. Take five.” Ujar Allen Easther lagi sambil menepuk tangannya beberapa kali. Allen Easther bangun sari tempat duduknya. Dia melangkah ke arah Ryaan Emmanuel. Semakin dekat, dia mengukir sebuah senyuman untuk Ryaan Emmanuel. Kelihatan senyumannya dibalas.
`` Hye. Ryaan buat apa kat sini?” tanya Allen Easther.
`` Hye. Saja nak tengok Al berlatih. Lagipun lepas latihan tadi, Ryaan tak ada apa nak buat. Tu yang datang sini.” Allen Easther kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar jawapan dari mulut Ryaan Emmanuel.
`` Eh, tak kan nak berdiri di sini. Jom lah kita ke sana. Boleh Ryaan kenal ngan member-member Al.” Ujar Allen Easther. Ryaan Emmanuel hanya mengikut langkah Allen Easther dari belakang.
`` Guys, ni Ryaan Emmanuel. Kawan baru Al.”
`` Ala Al. Kita orang kenallah. Siapa yang tak kenal jaguh padang sukan. Cuma...”
`` Cuma apa Jose?” tanya Allen Easther. Kerana dia rasa ayat Jose tergantung.
`` Cuma, Ryaan je yang tak kenal kita orang.” Pecah berderai tawa mereka. Ryaan Emmanuel hanya tersenyum. Begitu juga dengan Allen Easther.
`` Ish, ingatkan apalah tadi. Tak habis-habis dengan idea dia mengenakan orang lain.” Ujar Allen Easther.
`` Ryaan duduklah dulu ya. Al nak sambung latihan ni kejap. Kalau dibiarkan macam ni, esok pun tak habis latihan ni.”
`` Ok. Al teruskan lah kerja Al. Ryaan tunggu di sini.”
`` Al, Al ada date ngan Ryaan ke lepas ni?” bisik Ruby Ruth.
`` Kenapa? Mana ada.”
`` Yang dia tunggu Al kat sini kenapa?”
`` Dia kata dia nak tengok sesi latihan kita. Tu ja lah. Mana ada date atau benda lain. Dah.. dah... start latihan. Jangan fikir bukan-bukan.” Latihan mereka disambung semula. Jam hampir menunjukkan angka enam, barulah latihan mereka tamat.
`` Ok, sampai sini saja untuk hari ni. Esok kita sambung lagi ya.” Ujar Allen Easther pada anak-anak buahnya. Setelah selesai menyimpan semua barang yang telah digunakan, masing-masing mengatur langkah untuk pulang.
`` Al, Al kejutkanlah Ryaan tu. Ruth balik dulu ya.” Ujar Ruby Ruth. Allen Easther hanya mengerutkan dahinya. Tak kan nak tinggalkan aku sorang-sorang ngan Ryaan. Fikirnya.
`` Tapi...”
`` Ala, jangan risau, bukannya Ryaan tu makan orang pun. Kejutkan saja. Oklah, Ruth nak balik ni. Bye-bye my adik ipar.” Katanya sempat lagi mengusik. Ruby Ruth melangkah meninggalkan dewan itu.
`` Ryaan...” Allen Easther mengejutkan Ryaan Emmanuel. Tiada respon.
`` Ryaan, bangunlah...” kali ini dia menggoncang lembut bahu anak muda itu. Ryaan Emmanuel terbangun lalu menggosok matanya.
`` Dah habis ke?” soalnya. Allen Easther tersenyum mendengar soalan pemuda itu.
`` aa.. Kenapa Ryaan tunggu juga kalau Ryaan penat. Kan boleh balik.” Ujar Allen Easther. Ryaan Emmanuel hanya tersenyum mendengar bicara gadis didepannya itu.
`` Kalau dah habis, mari Ryaan hantar Al balik.”
`` Tapi, abang Al datang ambik Al nanti.” Sekali lagi anak muda itu tersenyum kecil.Allen Easther hairan melihat pemuda dihadapannya itu asyik tersenyum. Tersampuk ke? Soal Allen Easther dalam hati.
`` Tak apa. Tadi Ryaan ada bagitau kat abang Al yang Ryaan nak hantar Al balik hari ni. Marilah. Nanti makin lewat pula. Tentu family Al risau nanti.” Ujarnya lalu mencapai beg sekolahnya. Allen Easther menyaingi langkah Ryaan Emmanuel. Bermain- main di benaknya, bila pula abangnya itu bagi number telefon kat si Ryaan Emmanuel ni? Percaya pula abangnya dengan pemuda yang baru dia kenal ni.
`` Kenapa diam? Penat ke?”
`` Taklah. Cuma masih hairan lagi. Kita baru kenal semalam. I meant, kita baru je berbual semalam walaupun kita dah hampir 5 tahun duduk satu sekolah. Tapi...” Allen Easther tidak menghabiskan ayatnya.
`` Ya, tapi apa?”
`` Tapi bila lihat keadaan kita sekarang, macam kita ni dah kenal rapat dari dulu. Abang Al pula, cepat sangat percaya kat Ryaan. Kenapa agaknya ya?” soal Allen Easther polos. Apa yang dia fikirkan, itulah yang terluah. Ryaan Emmanuel tersenyum cuma melihat kepolosan gadis yang berjalan disebelahnya.
`` Tentang kenapa abang Al boleh cepat percaya dengan Ryaan tu, Cuma dia yang ada jawapannya. Ryaan sendiri tak ada jawapan untuk itu. Dan kenapa kita kelihatan rapat walaupun baru berbual semalam, mungkin sebab Ryaan memang dari dulu mau berkawan dengan Al. Jadi bila Ryaan dah mula berkawan dengan Al, Ryaan tak mahu semua itu jadi sia-sia. Ryaan nak pastikan yang persahabatan diantara kita makin rapat.” Ujar Ryaan Emmanuel panjang lebar. Allen Easther yang mendengar jawapan dari pemuda itu hanya mengangguk kecil dan tersenyum.
`` Dont worry. Persahabatan ini akan terjalin dengan rapat. Macam Al dengan Ruth. Macam juga persahabatan diantara Ryaan dengan John.”
`` I hope so.” Jawab Ryaan Emmanuel ringkas. Lagkah kaki terus diatur ke tempat letak kereta pelajar.
`` Cantiklah kereta Ryaan.” Puji Allen Easther ikhlas. Dia memang meminati kereta jenis itu. Honda Civic.
`` Thank’s. Papa hadiahkan masa birthday Ryaan hari tu. Ryaan sebenarnya lebih minat kereta jenama Estima. Tapi ini kan hadiah dari papa, jadi Ryaan terima seadanya. Nanti kalau dah ada duit sendiri barulah Ryaan beli kereta yang Ryaan suka.” Ujarnya sambil tersenyum. Kereta dipandu keluar dari tempat letak kereta.
`` Tapi, Al minat kereta jenis ni. Dari dulu lagi.”
`` Begitu. Al dah ada lesen ke?” Allen Easther menggelengkan kepalanya.
`` Al senang menyusahkan papa dan abang Al.” Ujarnya sambil ketawa kecil. Ryaan Emmanuel tersenyum cuma.
`` Tak apalah, nanti kalau abang Al sambung study, Ryaan akan ambil dan hantar Al pulang. Boleh kan?” Allen Easther memandang wajah anak muda itu.
`` Hmm... Jangan manjakan Al. Susah nanti kalau Al terbiasa. Tengok macam dengan abang. Al tak biasa kalau abang Al jauh dari Al. Dulu pun, masa dia study ambik ijazah, Al selalu sakit sebab rindukan dia. Al dah biasa dia ada disisi Al. Sekali dia tiada, Al terus rasa lain. Unsecure.”
`` Ryaan tahu. Tapi bukannya Ryaan pergi mana-mana pun. Lagipun, abang Al dah bagi tanggungjawab untuk jaga Al sepanjang ketiadaan dia. Sebagai kawan, Ryaan pasti akan jaga Al.” Ujarnya. Ya, aku akan jaga gadis ini sebaik mungkin. Kerana dia adalah penghuni di dalam hati ini. Bisik hati kecil Ryaan Emmanuel.
Allen Easther memandang muka Ryaan Emmanuel yang sedang memandu. Tiada cacat celanya. Anak muda ini memang tergolong dalam kategori handsome. Sedap mata memandang.
`` Kenapa pandang Ryaan macam itu?” kemerah-merahan wajah Allen Easther mendengar pertanyaan dari Ryaan Emmanuel. Dia termalu sendiri. Dia membekukan diri di sebelah Ryaan Emmanuel.
`` Hmm... Dah sampai pun. Esok nak Ryaan ambil ke?”
`` Tak apa. Abang masih ada lagi. Lagipun Al nak buli abang sampai dia berangkat pergi nanti.” Ujar Allen Easther sambil tersenyum.
`` Ok. Kalau begitu, start minggu depan Ryaan ambik Al.”
`` Ok, set. Thank you Ryaan. Eh, tak nak masuk dulu ke?”
`` Tak apa. Lain kali ya. Lagipun dah lewat ni. Nanti mama membebel pula kat rumah tu.” Ryaan Emmanuel menolak lembut ajakan Allen Easther.
`` Oklah kalau begitu. Pandu hati-hati ya. Bak kata dalam iklah tv tu, pandu jimat jiwa selamat.”
`` Ada-ada sajalah Al ni. Ok. Ryaan balik dulu. Jumpa di sekolah besok ya.” Allen Easther menganggukkan kepalanya. Sempat dia membalas lambaian dari Ryaan Emmanuel. Setelah kelibat kereta pemuda itu tidak kelihatan, barulah dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.