`` Ryaan harap lepas ni kita masih boleh berkawan.” Ryaan Emmanuel memecahkan kesunyian diantara dia dengan Allen Easther. Allen Easther menoleh memandang muka Ryaan Emmanuel.
`` Jangan risau. Kita akan tetap berkawan. Persahabatan itu kan indah.” Sahut Allen Easther sambil menghadiahkan secangkir senyuman buat Ryaan Emmanuel. Ryaan Emmanuel membalas senyuman Allen Easther.
`` Thank you.”
`` Tak perlu ucapkan terima kasih. Pernah dengar tak, 1 John 4:7, Dear friend, we must love each other because love comes from God. Everyone who love has been born from God and knows God. Persahabatan itu kasih Tuhan. Jadi tak perlu nak ucap terima kasih.” Ryaan Emmanuel memandang wajah Allen Easther tidak berkelip.
`` Hoi... yang kau pandang muka si Al tu tak berkelip kenapa?” tegur Johnathan Philip tiba-tiba. Ryaan Emmanuel lantas mengalihkan pandangannya ke arah tempat lain. Allen Easther pula tersipu-sipu malu bila mendengar kata-kata Johnathan Philip.
`` Ok. Adik, jom balik.” Alexus Patrus muncul tiba-tiba. Allen Easther mengurut dada tanda terkejut.
`` Abang ni, nak adik mati awal ke? Mentang-mentang dah ada orang baru. Amacam bang? Ok tak?”
`` Ish... Al ni. Takde benda lain ke nak fikir. Ala, tengoklah siapa. Tentulah ok. Tapi, kenalah tunggu abang habis study dulu. Kan Ruth sayang?” tanya Alexus Patrus nakal. Ruby Ruth hanya menundukkan kepalanya. Dia termalu sendiri dengan pertanyaan Alexus Patrus.
`` Alala... Yang ni malu betul ke malu-malu kucing? Malu tapi mahu.” Usik Allen Easther. Ruby Ruth lantas mencubit lengan kawannya itu.
`` Aouch... Ni sejak bila jadi ketam batu ni?”
`` Al, sudahlah tu. Kang Ruth tak nak kawan lagi baru tau. Mengusik je kejanya.” Omel Ruby Ruth. Allen Easther hanya ketawa mendengar omelan kawannya itu.
`` Tak nak kawan sudah. Kang, jawatan kakak ipar Al tu, Al cancelkan. Nak tak?”
`` Eh... Mana boleh.”
`` Apasal tak boleh?”
`` Sudahlah tu Al. Ni asyik mengusik Ruth je kejanya. Ryaan, sepanjang abang tak ada ni, abang amanahkan adik abang yang comel dan cantik ni kat Ryaan. Jaga dia baik-baik ye.” Pesan Alexus Patrus. Allen Easther terlopong mendengar kata-kata abangnya itu.
`` Abang. Apa ni? Amanah apa ni? Abang ingat Al ni amanah saham Malaysia ke?”
`` Ala, sekurang-kurangnya, tak lah abang risau sangat nak pergi tinggalkan Al kat sini.”
`` Abang ni, kalau nak amanahkan Al pun ngan sapa-sapa, carilah yang tak berpunya. Ni tak pasal-pasal al kena serang nanti. Dahlah tu musuh Al. Winnie and the gang bukannya suka tengok Al senang.” Ujar Allen Easther. Alexus Patrus memandang ke arah Ryaan Emmanuel.
`` Betul ke Ryaan dengan Winnie?”
`` Mana ada. Bila masa pula Ryaan bercouple dengan si Winnie tu?” Ryaan Emmanuel menidakkan kata-kata Allen Easther.
`` Habis tadi bukan Ryaan dengan si Winnie ke? Al ada nampak tau.” Ryaan Emmanuel tersenyum tiba-tiba.
`` Ok, kalau begitu Al ni boleh dikatakan teman wanita Ryaan lah. Sebab Al berbual dengan Ryaan.”
`` Eh, kenapa pula? Kita berbual sebab kita kawan. Bukan...” tiba-tiba minda Allen Easter mencerna sesuatu.
`` Bukan apa Al? Takkan sebab Ryaan berbual dengan Winnie, dia tu teman wanita Ryaan. Dia kawan biasa je. Macam kawan-kawan yang lain juga.” Terang Ryaan Emmanuel. Allen Easther menundukkan mukanya bila mendengar kata-kata Ryaan Emmanuel.
`` Ok. Jadi tak ada masalah kan kalau abang nak amanahkan Al dekat Ryaan? Ala, untuk tengok-tengokkan adik abang ni je. Dia ni manja sikit orangnya. Bukan boleh berenggang dari abang.” Allen Easther memeluk lengan abangnya. Dia sedih bila mendengar kata-kata abangnya itu.
`` Tengok. Abang baru je cakap.” Ujar Alexus Patrus sambil menggosok lembut rambut adiknya itu.
`` Ok abang. Abang jangan risau. Saya akan tolong tengok-tengokkan adik abang ni sepanjang ketiadaan abang nanti.” Janji Ryaan Emmanuel.
`` Kami pun akan tolong tengok-tengokkan dia juga abang.” Ujar Johnathan Philip. Allen Easther terharu dengan kata-kata mereka. Ternyata Tuhan itu baik. Abangnya akan pergi untuk seketika, tetapi diganti pula dengan tiga insan lain. Indahnya persahabatan.
`` Oklah. Abang balik dulu. Nanti datanglah ke rumah. Ada majlis perpisahan sikit. Ruth nak abang hantarkan ke?” Ruby Ruth menggeleng perlahan.
`` Tak apa. Papa Ruth datang ambil. Abang baliklah dulu. Bawa kawan baik Ruth ni balik. Dia penat tu.” Ujar Ruby Ruth.
`` Ok. Nanti kita jumpa lagi ya. Jaga diri semua. Ruth jaga diri tau.”
`` Ok. Bye abang. Bye Al.” Ujar mereka bertiga hampir serentak.
`` Bye semua. Jumpa kat sekolah nanti ya.” Ujarnya sambil melambaikan tangan. Setelah itu, mereka berdua berjalan menuju ke tempat letak kereta.
`` Oklah. Ruth pun nak balik ni. Papa Ruth dah sampai. Bye Ryaan. Bye John.”
`` Bye Ruth. John, nak aku hantarkan ke?”
`` Boleh gak. Tak payah aku nak call pemandu ayah aku tu.” Ryaan Emmanuel hanya menggelengkan kepalanya.
`` Jomlah. Tunggu apa lagi? Kang aku tinggal kang.” Cepat-cepat Johnathan Philip mengikut langkah Ryaan Emmanuel.
`` Abang, abang serius ke dengan Ruth?” tanya allen Easther setelah agak lama mendiamkan diri. Alexus Patrus memandang adiknya sekilas.
`` Kenapa? Al tak suka ke?”
`` Taklah. Al tak nak kalau abang main-main je. Ruth kawan baik Al. Al sayang dia macam adik-beradik. Abang pula abang kandung kesayangan Al. Al tak nak benda bukan-bukan berlaku. AL tak tau nak pilih siapa nanti.” Ujar Allen Easther perlahan.
`` Berdoalah untuk abang. Agar abang dengan kawan baik Al tu panjang jodoh ya.” Allen Easther hanya mengganggukkan kepalanya.
Sesampai di rumah, kelihatan hanya ruang tamu saja yang disinari oleh cahaya lampu. Mungkin mama dan papa dah masuk tidur kot. Bisik hati kecil Allen Easther.
`` Abang, thank sebab temankan Al malam ni. Good night abang.” Ujarnya lalu mencium sepintas pipi abangnya.
`` Small matter adik. Dah, pergilah masuk tidur.” Ujar Alexus Patrus sambil menggosok lembut rambut adiknya itu. Allen Easther naik ke tingkat atas. Masuk saja dibiliknya, Allen Easther menuju ke arah meja belajarnya. Dia menekan butang on komputernya.
`` Harap-harap Summer ada online.” Ujarnya perlahan. Lantas dibukanya Yahoo massanger. Kelihatan nama temannya itu ada dan sedang menunjukkan yang temannya itu online.
Authum: Summer... how r u?
Summer: Authum?? I’m fine...napa tak tido lg?
Authum: mcm mana nak tido, br je balik dari majlis festival sekolah. Letihnya...
Summer: kesian...
Aunthum: Summer, nk tau tak??????
Summer: apa dia? Xcited je ni... hehe
Authum: td kan, time kat sekolah, sy bertegur ngan stu budak tu... budak tu mmg schoolmate sy... tp kami langsung tak pernah btegur sapa. Tp mlm ni, boleh pula kami btegur sapa. Hehe
Summer: ye ke? Jadi, apa perasaan awk lepas btegur sapa dgn dia?
Authum: hmm... susah nak terangkan. Tp gembiralh jg... Abang sy siap amanahkn sy kat dia lg... mengarut je abang sy tu. Kesian kat Ryaan.
Summer: oo... nama dia Ryaan ya...
Authum: ye lah.. Ryaan Emmanuel.
Summer: ok lah tu kalau abang awk suruh dia tgk2kn awk.. napa nak kesian pula?
Authum: kesianlh... nanti kalau sy dh selesa ngan dia, mcm2 sy minta. Perangai sy ni bukan boleh harap sangat. Bak kata abang sy, manja bertempat...hehehehe
Summer: Puji diri betul lh awak ni... hahaha
Authum: dah awk tak puji sy..hehehe.. tp, boleh ke dia nak jg dan layan sy mcm abg sy?
Summer: Dia pasti buat yg tbaik. Jgn risau...
Authum: Oklah summer. Sy nak bersihkn diri dulu. Nak tido... Nite Summer.
Summer: Nite authum... sweet dream....
Ryaan Emmanuel merenung kosong komputer yang ada dihadapannya. Dia berfikir tentang kata-kata Allen Easther sebentar tadi.
`` Saya pasti akan jaga kamu dengan baik Al. Itu janji saya.” Ryaan Emmanuel berjanji di dalam hati. Setelah menutup komputernya, dia melangkah ke arah katil untuk merehatkan mata dan juga badannya. Esok harus ke sekolah.
Allen Easther tersenyum sendiri bila teringat apa yang berlaku malam tadi. Banyak benda yang baik berlaku. Pertama, dia berkenalan dengan Ryaan Emmanuel dan Johnathan Philip. Kedua, mengenai hubungan abangnya dan kawan baiknya. Semuanya sungguh membahagiakan. Akhirnya, Allen Easther tertidur dengan senyuman.
No comments:
Post a Comment