Malam festival sekolah menjelang tiba. Allen Easther bersiap seadanya. Dia memakai dress aras lutut yang berwarna ungu cair. Selesai bersiap, Allen Easther lantas menuju ke bilik abangnya.
`` Abang, tak siap lagi ke? Dah lambat ni,” panggil Allen Eather sambil tangannya lincah mengetuk daun pintu bilik Alexus Patrus.
`` Kejap... Give me Five minutes. Nanti abang turun kalau dah siap.. Al tolong panaskan enjen kereta dulu.” Laungnya dari dalam. Allen Easther hanya mampu mengomel mendengar kata-kata abangnya.
`` Bersiap mengalahkan perempuan.” Ujarnya lalu menuruni anak tangga. Allen Easther lantas mencapai kunci kereta yang terletak di tepi telefon rumah. Dia lantas menghidupkan enjen kereta abangnya.
`` Abang kamu mana Al?” tanya Puan Maria.
`` Masih lagi bersiap mama. Al yang perempuan ni pun tak lambat macam tu bersiap.”
`` Biarlah... Bukan Al tak tau perangai abang Al yang seorang tu.”
`` Tau sangat mama. Sebab tu tadi Al suruh dia bersiap awal. Entah siapalah yang dia nak ngorat kat sekolah Al tu sampai bersiap macam tu sekali.”
`` Ehem...” kedengaran satu suara berdehem di belakangnya. Allen Easther pantas menoleh.
`` Mengata abang nampak.”
`` Mana ada. Abang salah dengar tu.” Ujar Allen Easther sambil tersengih.
`` Ya lah tu... Macamlah abang ni pekak.” Memuncung mulut Alexus Patrus. Allen Easther ketawa kecil melihat mimik muka abangnya itu.
`` Sudahlah tu abang. Buruk muka tu kalau abang muncungkan mulut macam tu. Mari kita bertolak. Nanti lambat pula.” Allen Easther lantas meraih tangan Alexus Patrus lalu berjalan menuju ke arah kereta.
`` Eh... lupa pula.” Allen Easther berlari anak menuju ke arah Puan Maria. Lantas dia menghadiahkan kucupan di pipi mamanya itu.
`` Bye mama.”
`` Bye. Hati-hati memandu tu.” Sempat Puan Maria mengingatkan anak terunanya itu. Alexus Patrus tersenyum.
`` Ok mama. Bye ma.” Ujarnya sambil mengangkatkan tangan melambai ke arah Puan Maria. Puan Maria membalas lambaian tangan anaknya itu. Alexus Patrus perlahan-lahan mengundurkan keretanya keluar dari garaj. Setelah berada di jalan raya, sekali lagi mereka berdua melambai ke arah Puan Maria.
Perjalanan menuju ke sekolah Allen Easther tidak terasa. Sepertinya mereka berdua baru saja duduk di dalam kereta. Alexus Patrus mencari tempat untuk meletakkan keretanya. Allen Easther membetul-betulkan sanggul rambutnya.
`` Mari turun.” Ujar abangnya. Allen Easther hanya menurut sahaja. Dia keluar dari perut kereta. Lantas dia membetulkan dress nya. Seperti biasa, Allen Easther akan merangkul lengan abangnya. Sepanjang menuju ke arah dewan tempat berlangsungnya aktiviti, Allen Easther tidak melepaskan rangkulan tangannya di lengan Alexus Patrus.
Semua mata tertumpu ke arah mereka. Mana tak nya, mereka sepertinya pasangan yang sangat secocok. Ada yang berbisik sesama sendiri. Allen Easther tetap menghadiahkan senyuman buat semua yang memandangnya. Tidak seorang pun warga sekolah itu tahu atau kenal siapa Alexus Patrus.
`` Hai dear,” tegur seseorang. Allen Easther sangat mengenali suara kawan baiknya itu. Ruby Ruth dan Allen Easther berpelukan sekejap.
`` Al, hari tu janji nak kenalkan boy friend Al dengan Ruth,” Ruby Ruth menagih janji Allen Easther.
`` Kenalkan, ini lelaki istemewa dalam kehidupan Al. Alexus Patrus.” Abangnya kehairanan sekejap. Bila dicuit di tangannya, barulah dia menghulurkan tangan kepada teman adiknya itu. Dia tahu, sekarang adiknya itu meminta dia menjalankan watak yang direka oleh adiknya.
`` Boleh tahan kacaknya teman lelaki kamu Al.” Puji Ruby Ruth ikhlas. Allen Easther hanya menyahut kata-kata kawannya itu dengan senyuman.
`` Ala, biasa je.. jangan dipuji lebih. Nanti naik lemak pula dia.” Alexus Patrus menjeling adiknya. Allen Easther dan Ruby Ruth hanya mampu ketawa melihat keletah Alexus Patrus.
``Mari Al. Kawan-kawan yang lain sedang tunggu Al tu.”
`` Mari.” Ujar Allen Easther lalu memaut lengan abangnya. Alexus Patrus hanya mampu mengikut kemana saja langkah adiknya itu.
`` Hi Al.” Tegur satu suara. Allen Easther sangat kenal dengan suara nan satu itu. Siapa lagi kalau bukan pelajar perempuan yang sering tidak berpuas hati dengannya, Winnie. Allen Easther menoleh lalu menghulurkan senyuman yang seadanya.
`` Apa yang kau nak Win?” ujar Ruby Ruth tidak senang.
`` Hey... bertenang. Kenapa ni Ruth?” Ruby Ruth kelihatan mencebik. Mata Winnie menjeling ke arah Alexus Patrus yang berada di sebelah Alln Easther.
`` Kau pinjam pakwe siapa ni Al?” sinis sekali pertanyaan Winnie. Menusuk-nusuk ke dalam ruangan telinganya. Allen Easther tersenyum.
`` Pakwe aku sendiri. Kenapa?” tanya Allen Easther lembut. Winnie mencebik. Tidak puas hati dengan jawapan Allen Easther. Tambahan lagi Allen Easther sepertinya tidak mengendahkan sindirannya.
`` Ya ke? Ke kamu kebas kat mana-mana. Then, saja nak menunjuk kat majlis ni.”
`` Er, maafkan saya saudari. Saudari ni ada masalah ke dengan keberadaan saya sebagai teman Al?” Alexus Patrus bertanya.
`` Kamu diam!”
`` Eh Winnie, kamu dah melebih ni. Kenapa kamu ni tak pernah nak puas hati dengan Al ha? Kamu ni kenapa cemburu sangat dengan dia?” Winnie berpaling mengadap wajah Ruby Ruth.
`` Aku ni nak cemburu dengan perempuan ni? Aku? Apa kes. Bukan dia tu hebat sangat sampai aku nak cemburu dengan dia.”
`` Habis tu yang kamu tu asyik ganggu dia, sakitkan hati dia apasal?”
`` Sudahlah tu Ruth. Mari kita pergi jumpa kawan-kawan yang lain.” Allen Easther menarik tangan kawannya dan abangnya itu.
`` Tak payahlah kau nak tunjuk baik Al. Aku benci perempuan hipokrit macam kau ni.” Makin kasar bahasa yang digunakan oleh Winnie. Beberapa mata mula tertumpu ke arah mereka.
Sabar Al... sabar.... bisik hati kecilnya. Allen Easther mengukir sebuah senyuman.
`` Oklah Winnie. Apa kata kamu tempiaskan rasa sakit hati kamu tu dengan pertunjukkan drama kita nanti. Siapa diantara kumpulan kita yang paling banyak meraih undi dari pelajar sekolah ni, dia pemenang. Kalau kamu kalah, kamu tidak boleh lagi ganggu hidup saya. Kalau saya kalah, suka hati kamulah nak sakitkan hati saya macam mana. Setuju?” Winnie kelihatan sedang memikirkan cadangan daripada Allen Easther.
`` Ok. Deal. Jangan menyesal kalau kau kalah.” Ujarnya lalu berjalan meninggalkan Allen Easther.
`` Kenapa Al buat perjanjian sebegitu?” tanya Ruby Ruth tidak puas hati.
`` Kenapa?”
`` Orang tanya dia, dia tanya orang balik.”
`` Ruth sayang, kenapa? Dah tak yakin dengan kemampuan kumpulan kita ke?” Ruby Ruth terdiam seketika. Kemudian perlahan-lahan dia mengukir senyuman.
`` Ha, macam tu lah. Jom kita pergi tempat kawan-kawan yang lain,” ujar Allen Easther lalu memeluk lengan kawan baiknya itu. Alexus Patrus hanya tersenyum memerhatikan gelagat dua sahabat itu. Dia terpana sebentar apabila melihat senyuman terukir di mulut kawan Allen Easther sebentar tadi. Manis! Itulah bisik hati kecilnya.
`` Al, abang nak jalan-jalan kat sini kejap ya. Nanti abang cari Al.”
`` Ok. Jangan sampai tersesat sudah.” Sempat Allen Easther mengusik abangnya itu.
`` Dont Worry dear.” Ujarnya sebelum menyelit di celah-celah manusia yang ramai itu. Allen Easther hanya tersenyum.
`` Sudah-sudahlah tu. Tak payah pandang lama-lama. Macamlah Al ni dah lama tak tengok buah hati Al tu.” Usik Ruby Ruth. Allen Easther hanya tersenyum mendengar usikan daripada kawannya itu. Lucu. Semua orang berfikir bahawa abangnya itu adalah teman istemewanya.




