Mata Allen Easther tiba-tiba terpandang ke arah seseorang. Ryaan Emmanuel dan Winnie. Mereka kelihatan sedang berbual. Allen Easther memegang dadanya tiba-tiba.
`kenapa ni?’ bisik hati kecilnya.
`` Al, kenapa ni?’’ tanya salah seorang dari kawannya.
`` Hmm... Tak ada apa-apa Ain.” Jawabnya sambil tersenyum.
Ryaan Emmanuel perasan ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Dia memandang ke hadapan. Kelihatan Allen Easther yang sedang memerhatikannya. Dia cuba untuk mengukir sebuah senyuman. Namun terasa urat-urat pipinya seperti dikunci. Hanya matanya yang tajam memandang ke arah Allen Easther.
`` Ryaan, you pandang siapa tu?” tanya Winnie.
`` Eh, tiada siapa-siapa. Saya sedang cari John. Kamu ada nampak dia tak?”
`` Tadi nampak dia dengan girl dia. Kenapa nak cari John. I kan ada dengan you sekarang.” Winnie bersuara manja. Ryaan Emmanuel hanya memaparkan senyuman paksa bila mendengar butir bicara Winnie.
`` Saya pergi cari John dulu ya. Ada benda yang saya nak bincangkan dengan dia.” Ujar Ryaan Emmanuel lalu meninggalkan Winnie. Winnie hanya terpinga-pinga bila ditinggalkan oleh Ryaan Emmanuel secara tiba-tiba.
`` Oh... Sorry.” Ucap Ryaan Emmanuel bila dia terlanggar seseorang.
`` It’s ok. Dont worry.”
‘ Macam kenal.’ Bisik hati kecil Ryaan Emmanuel. ‘ oh... Lelaki yang pergi KFC dengan Al hari tu.’
`` Macam saya pernah namak saudara ni.” Alexus Patrus memulakan bicaranya.
`` Ya. Kita pernah terserempak semasa di KFC dulu.”
`` Ya... Ya... Baru saya ingat. Hi, saya Alexus Patrus. Kamu siapa?”
`` Saya Ryaan Emmanuel. Nice to meet you.” Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Alexus Patrus.
`` Alex datang dengan Al ke malam ni?”
Alahai Ryaan... Soalan bonus betul.
`` Ya, saya datang dengan Al tadi. Ryaan datang dengan siapa?”
`` No one. Just sorang-sorang. Erm... nak tanya sikit boleh tak?”
`` Apa dia?”
`` Alex ni boyfriend Al ke?” Alexus Patrus sedikit tersentak dengan soalan yang diajukan oleh Ryaan Emmanuel. Kemudian perlahan dia mengukir secalit senyuman.
`` Ryaan rasa?” sengaja dia mahu menguji anak muda itu. Kelihatannya pemuda itu berminat dengan adiknya. Tapi padan juga kalau dua-duanya jadi sepasang kekasih. Sama cantik sama padan.
‘Ish... apa pula lah fikiran aku ni melalut.’. Bisik hati kecil Alexus Patrus.
`` Entahlah. Susah nak teka. Kalau dilihat dengan mata kasar, macam. Tapi ada something yang berbisik dalam hati saya mengatakan tidak. Mungkin sebab wajah awak berdua nampak seiras.” Sekali lagi Alexus Patrus mengukirkan senyuman.
`` Hmm... Actually, saya ni abang kandung Al. Jangan bagitau orang lain ya. Tak tau kenapa tiba-tiba dia perkenalkan saya sebagai boyfriend dia. Adik saya tu memang gila-gila sikit perangainya.” Alexus Patrus berterus-terang dengan Ryaan Emmanuel. Dia tak tahu kenapa dia boleh berterus-terang dengan Ryaan Emmanuel. Mungkin kerana raut wajah pemuda itu boleh dipercayai kot.
`` Kalau begitu, tak sopanlah saya panggil dengan nama. Kalau begitu, saya panggil awak, abang ya. Lagipun awak tua dari saya.”
`` Mana-mana sahaja. Abang pun tak kisah.”
`` Kenapa agaknya Al kenalkan abang sebagai boyfriend dia ya?”
`` Hmm... yang itu nak kena tanya dia sendirilah. Abang pun tak tau juga.” Ujar Alexus Patrus sambil ketawa kecil.
`` Ryaan.” Panggil seseorang. Serentak Ryaan Emmanuel dan Alexus Patrus menoleh. Kelihatan Johnathan Philip menuju ke arah mereka.
`` Hi... Rynna mana?”
`` Amboi kau... Girlfriend aku juga yang kau tanya kan Ryaan. Macam takde orang lain.”
`` Aku tanya sajalah. Ish kau ni...” Ryaan Emmanuel hanya menggelengkan kepala dengan keletah kawannya yang seorang itu. Johnathan Philip hanya tergelak kecil melihat raut wajah kawannya itu.
`` Er, yang sebelah kau ni sapa? Macam pernah nampak.”
`` Ni abang Al. Alexus Patrus.” Ryaan Emmanuel memperkenalkan Alexus Patrus kepada sahabatnya itu.
`` Abang, ni kawan baik saya. Jonathan Philip.” Mereka berdua saling berjabat tangan.
`` Sejak bila dia jadi abang kau? Ke abang ipar kau?” Jonathan Philip mengusik sahabatnya itu. Muka putih Ryaan Emmanuel terus bertukar warna. Alexus Patrus hanya ketawa kecil apabila melihat perubahan warna pada wajah Ryaan Emmanuel. Memang betul telahannya di awal pertemuan mereka di KFC dulu. Memang anak muda itu ada hati dengan adiknya.
`` Alahai, kenapa merah sangat muka kau ni, Ryaan? Panas sangat ke kat sini?”
‘Bengong punya kawan. Dah lah buat kenyataan depan abang Al.’ Kutuk Ryaan Emmanuel dalam hati.
`` Tak baik mengumpat dalam hati. Tuhan marah.” Tercetus tawa Johnathan Philip dan Alexus Patrus bila melihat muka Ryaan Emmanuel semakin memerah.
No comments:
Post a Comment