Selepas kereta abangnya berlalu pergi, Allen Easther berlari-lari anak menuju ke bangunan kelasnya. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Terduduk Allen Easther.
`` Ala, kenapa boleh langgar orang ni?” rungutnya kecil. Lantas dia menyapu-nyapu tangannya yang terlekat debu.
`` Maaf. Al tak apa-apa ke?” tanya seseorang. Macam kenal suara ni. Lantas Allen Easther mendongak.
`` Tak apa-apa. Al yang cuai.” Ucapnya lalu tersenyum. Allen Easther bangun.
`` Baguslah kalau Al tak apa-apa.” Ujar Ryaan Emmanuel.
`` Oklah Ryaan, Al nak pergi kelas ya. Nanti kita sembang lagi.”
`` Kalau ya pun nak tarik perhatian orang, janganlah berlakon jatuh.” Satu suara sumbang kedengaran. Allen Easther menoleh. Mencari dimana letaknya tuan empunya suara. Tercegat Winnie berdiri dibelakangnya sambil mengukir senyuman sinis.
`` Nak tarik perhatian siapa pula? Disini ada sesiapa ke yang Al perlu tarik perhatian?” tanya Allen Easther tenang.
`` Ada. Ryaan.”
`` Ryaan? What for?” selamba juga.
`` Sebab perempuan gatal macam awak ni tak cukup dengan seorang lelaki!”
Alahai... sabarlah jantung, sabarlah hati, sabarlah buah pinggang... Allen Easther berbisik sendiri.
`` Sudahlah Winnie. Saya malas nak bertekak dengan awak pagi-pagi morning ni. Buat hilang mood je.” Allen Easther menjawab kata-kata Winnie dan terus melangkah pergi. Winnie terpinga-pinga melihat pemergian Allen Eather.
`` Awak ni kenapa Winnie? Pagi-pagi sakitkan hati orang.” Tegur Ryaan Emmanuel.
`` Suka hati I lah. Ryaan, I nak you tahu yang si Al tu dah ada pakwe. Jangan sampai kena tipu.” Winnie memberi amaran pada Ryaan Emmanuel.
`` Tahu. Saya kenal rapat dengan boyfriend dia. Ada apa lagi yang awak nak tambah? Kalau tak, saya pergi dulu. Nak buat warming up.” Winnie sekali lagi terpinga-pinga dengan pemergian Ryaan Emmanuel. Winnie berasa sangat marah dengan sikap tidak peduli anak muda itu.
`` Good morning my dear friend,” ucap Ruby Ruth apabila ternampak kelibat Allen Easther.
`` Good morning my future sister-in-law,” sahut Allen Easther. Ruby Ruth hanya tersenyum mendengar kata-kata kawan baiknya itu.
`` So, macam mana mood hari ini?”
`` Awal-awal pagi dah kena sindir ngan Winnie. Tapi, apapun, mood Al tetap ok.” Jawabnya sambil tersengih.
`` Ish, nak kena betul lah minah opera ni. Kalau sehari tak ganggu hidup Al tak boleh ke? Kenapa dia suka sangat sakitkan hati Al? Al ada hutang apa-apa dengan dia ke? Hutang duit ke? Hutang baju ke? Ke Al ambik pakwe dia?” Tanya Ruby Ruth bertalu-talu.
`` Amboi... kalau bertanya tu, tak pernah satu-satu. Nak dihambur sekaligus. Ni bila masa pula Al ambik pakwe dia? Kenal pun tak. Hutang duit mana ada.”
`` Tak lah. Ruth hairan tambah pelik dengan perangai dia tu. Kenapa boleh dia tidak suka Al. Al ni pun, janganlah terlalu lembut dengan minah tu. Nanti dia makin suka sakitkan hati Al.” Ala, tak habis-habis lagi membebel rupanya minah ni. Allen Easther tersenyum.
`` Ok Ruth sayang. Dah, tak mau cakap topik ni. Tak menarik. Baik cakap benda lain.”
`` Yalah tu. Nak cakap pasal apa?” tanya Rubu Ruth sambil memegang dagunya. Ala-ala berfikir.
`` Ha, apa kata kita bualkan topik abang Al ngan Ruth. So, macam mana?”
`` Macam mana apa?” tanya Ruby Ruth hairan.
`` Ya lah. Hubungan kamu dua tu macam mana? Al tengok abang Al tu bukan main serius lagi. Ruth sendiri macam mana?”
`` Ruth macam ni lah. Ruth ikut je cara abang Al tu macam mana. Selebihnya, biar jodoh yang tentukan.”
`` Hmm... Al tak mau cakap banyak. Yang Al tahu, baik Ruth atau abang Al, jangan buat sampai Al harus buat pilihan. Al tak mampu nak pilih antara Ruth dengan Abang Al. Ruth faham kan apa yang Al katakan?” Ruby Ruth mengangguk perlahan. Dia kemudian memeluk bahu kawannya itu.
`` Ryaan, kau ni kenapa? Pagi-pagi muka cemberut. Sembelit ya?” tanya Johnathan Philip.
`` Ish, otak kau ni John. Tak ada benda lain ke selain sembelit? Aku sakit hati dengan si Winnie tu. Suka sangat sakitkan hati Al.”
`` O... Yang kau sakit hati lebih-lebih kenapa? Al yang selalu kena dengan si Winnie tu pun tak banyak bunyi. Boleh sabar lagi tu.” Ryaan Emmanuel memandang sekilas muka kawannya itu lalu membetulkan tali kasutnya.
`` Ya, tahu. Tak tau kenapa aku pula yang terasa sakit hati. Al pula boleh lagi relex dengan perlian si Winnie tu.”
`` Ala, kasih itu kan sabar. Ya lah, walaupun si Winnie tu jahat mulut, suka buli orang, tapi Al tu kan jenis yang pemaaf, lembut. Dah lah, jangan difikirkan sangat. Tahulah Al nak jaga diri. Jom start latihan.” Ujar Johnathan Philip sambil menepuk perlahan bahu kawannya itu. Ryaan Emmanuel bangun perlahan dan mengikut langkah Johnathan Philip.
`` John, petang ni kau free tak?” tanya Ryaan Emmanuel kepada sahabatnya itu ketika mereka sedang duduk berehat sebentar.
`` Hmm... Tak kot. Sebab aku dah janji dengan Rynna. Nak keluar dating jap petang ni. Kenapa?”
`` Aku ingat nak ajak kau pergi tengok Al berlatih.” Johnathan Philip memandang wajah kawannya itu dengan wajah yang pelik.
`` Kenapa kau pandang aku macam tu? Naik seram aku.”
`` Tak adalah. Aku hairan kejap tadi. Sejak bila pula kau ni pandai menggatal nak tengok si Al tu berlatih?” usik Johnathan Philip. Ryaan Emmanuel menumbuk lembut bahu Johnathan Philip.
`` Ada ke kau kata aku ni menggatal. Aku saja ja. Nak rapatkan lagi hubungan persahabatan yang baru terbina.”
`` Eleh, macam aku ni budak sepuluh tahun kau nak tipu. Nak rapatkan lagi hubungan persahabatan konon. Cakap je lah kau tu nak pikat si Al.” Ujar Johnathan Philip sambil ketawa kecil.
`` Kau ni, satu hari tak mengenakan aku tak sah. Kalau betul pun aku nak pikat si Al tu, bukannya salah pun. Al single aku single. Ke kau nak aku pikat buah hati kau tu...” kata Ryaan Emmanuel sambil mengangkat-ngangkatkan keningnya.
`` Tu over lah tu. Takkan makwe kawan sendiri pun kau nak kebas.” Ryaan Emmanuel ketawa lepas mendengar kata-kata Johnathan Philip. Johnathan Philip tahu, Ryaan Emmanuel hanya main-main sahaja. Masakan sanggup ambil teman wanita kawan sendiri. Kalau nak, dari dulu dah kawannya itu pikat si Rynna.
`` Dah lah. Layan kau merepek kat sini, takde untungnya. Jom kemas semua ni. Masuk kelas.” Kata Ryaan Emmanuel. Johnathan Philip hanya mengikut sahaja arahan kawannya itu. Itulah rutin mereka setiap hari. Sebelum masuk kelas, mereka akan berlatih sekejap di padang sukan ataupun di gym. Semua pelajar jurusan sukan akan berbuat seperti itu. Maka tidak hairanlah sekolah mereka selalu menjadi juara setiap kali sukan di antara sekolah diadakan.
No comments:
Post a Comment