`` Ok guys, sampai sini saja latihan untuk hari ni. Kita sambung lagi esok petang. Jumpa lagi esok ya.” Allen Easther segera mengemaskan barang-barangnya. Dia segera menghantar pesanan ringkas kepada abangnya.
`` Al, nanti balik dengan siapa?” tanya Ruby Ruth. Allen Easther memandang sahabatnya sambil mengukir sekuntum senyuman manis.
`` Adalah... ”
`` Ni tentu boyfriend datang jemput kan? Ala Al, bila lagi nak kenalkan pada Ruth?”
`` Tiba masanya, Al akan perkenalkan. Ala, jangan risau. Dua minggu lagi Ruth akan tau siapa boyfriend Al. Al janji.”
`` Kenapa dua minggu lagi?”
`` Al nak kenalkan masa malam festival nanti. Sabarlah.” Kata Allen Easther sambil tersenyum.
`` Janji?”
`` Ya, janji. Oklah, Al balik dulu. Ruth balik dengan siapa?”
`` Macam biasa. Pemandu papa datang ambil.”
`` Oklah kalau begitu. Jumpa lagi esok pagi ya.” Allen Easther memeluk kawannya itu sekejap.
`` Ok. See you tomorrow.”
Allen Easther sempat melambai ke arah kawan-kawannya yang lain. Dia segera keluar dari dewan tersebut. Abangnya sudah menunggu di perkarangan sekolah.
`` Sorry abang. I’m late,” ujar Allen Easther setelah duduk di sebelah tempat pemandu. Alexus Patrus hanya menyambut kata-kata adiknya dengan senyuman yang terukir di bibir.
`` Ok, abang. Lets go. Al dah lapar ni.”
`` Al ni. Kalau pasal makan, tak pernahnya nak bersabar.” Gerutu Alexus Patrus.
`` Laparlah bang.” Jawab Allen Easther sambil tersengih. Alexus Patrus hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia memandu dengan tenang. Kedengaran adiknya menyanyi dengan suara yang kecil. Tidak sampai sepuluh minit, mereka sampai di tempat yang dituju. Alexus Patrus mencari tempat untuk meletakkan keretanya. Kebetulan tidak jauh dari bangunan KFC itu terdapat tempat letak kereta yang kosong.
`` Jom. Tadi kata lapar sangat.” Alexus Patrus keluar dari perut kereta. Allen Easther mengikut tingkah abangnya itu. Sambil menuju ke arah bangunan KFC, Allen Easther memeluk lengan abangnya. Itulah rutinnya tiap kali keluar bersama abangnya. Alexus Patrus yang tahu perangai adiknya yang seorang itu hanya mampu tersenyum sahaja.
Mereka melangkah masuk ke dalam restauran KFC itu. Lantas mereka menuju ke kaunter memesan makanan. Allen Easther masih lagi memeluk lengan abangnya. Dia perasan ada dua tiga orang gadis yang menjeling ke arahnya. Mana tidaknya, abangnya itu boleh dikategorikan sebagai lelaki yang bergaya dan macho. Ketinggiannya yang cukup dan badannya yang tegap selain raut wajahnya yang putih bersih, sedap mata memandang mampu mencairkan hati mana-mana gadis.
`` Nak makan apa ni?”
`` Erm... Al nak set b satu, mashpotato satu, sup cendawan satu dan france fries.” Terlopong Alexus Patrus mendengar makanan yang diminta oleh adiknya itu.
`` Biar betul ni. Al boleh makan ke semua tu nanti?”
`` Ditanggung beres. Lagipun Al tengah lapar gila ni.” Ucap Allen Easther lalu mengenyitkan matanya. Setelah mereka selesai memesan makanan, mereka mencari tempat duduk yang selesa.
`` Best nyer hari ni ada orang belanja.” Ujar Allen Easther setelah duduk menghadap muka abangnya.
`` Yalah tu. Macamlah abang tak pernah belanja Al makan.”
`` Ala abang ni. Orang nak rasa seronok sikit pun tak boleh. Abang, malam festival nanti temankan Al ya.” Pujuk Allen Easther.
`` Boyfriend Al mana?”
`` Al mana ada boyfriend. Sebab tu Al minta abang temankan. Ala, bolehlah bang.” Pujuk Allen Easther.
`` Hmmm... Boleh tu boleh. Tapi Al kena belanja abang nanti. Sebagai gaji. Belanja abang bercuti di Pulau Langkawi pakej tiga hari dua malam.” Senyuman di bibir Allen Easther terus mati bila mendengar permintaan abangnya.
`` Abang ni. Tu pun nak berkira ke? Malas lah nak makan kalau macam ni.”
`` Dia mula dah. Merajuk ke?”
`` Mana ada.”
`` Abang gurau je lah. Yalah, abang temankan. Puas hati intan payung?”
`` Ye ke?” terus bersinar wajah Allen Easther bila mendengar kata-kata Alexus Patrus. Abangnya itu hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan. Makanan yang mereka pesan akhirnya sampai. Allen Easther makan sambil berbual dengan abangnya.
Tiba-tiba dia terasa yang dirinya sedang diperhatikan. Pandangannya tiba-tiba jatuh kepada seseorang. Ryaan Emmanuel. Ryaan Emmanuel duduk di tempat duduk berhadapan dengan mejanya. Dia hendak senyum, namun mulutnya umpama ada satu benda berat yang menimpa dan membuatkannya tidak mampu untuk menghadiahkan secangkir senyuman.
`` Apa yang Al pandang tu?” tanya abangnya hairan. Tiba-tiba sahaja adiknya itu diam tidak berkata apa-apa. Alexus Patrus lantas menoleh ke belakang.
`` Al kenal ke budak tu?” tanyanya bila terpandang Ryaan Emmanuel yang asyik menatap wajah adiknya itu.
`` Kenal. Satu sekolah. Tapi dia jurusan sukan. Tapi Al tak rapat dengan dia. Bertegur sapa pun tidak.”
`` Kenapa?” tanya Alexus Patrus hairan. Adiknya hanya menjungkitkan bahu.
`` Dahlah. Cepat habiskan makanan tu. Nanti mama risau pula kalau anak dara dia ni balik lambat.” Setelah menghabiskan semua makanan, mereka beredar dari situ. Allen Easther terus saja memeluk lengan abangnya. Itulah tabiat yang paling dia tidak boleh ubah. Semacam sudah menjadi satu kebiasaan bagi dia. Sebelum keluar Allen Easther sempat melepas pandang ke arah Ryaan Emmanuel.
`` Kau pandang apa tu?” tanya Johnathan Philip.
`` Tak ada apa-apa.” Jawabnya ringkas.
`` Eh, itukan Al. Tapi siapa lelaki disebelah dia tu? Mesra betul mereka.”
`` Sudahlah, jangan nak sibuk hal orang. Kalau dah, jom kita balik.” Ujar Ryaan Emmanuel. Mood nya hilang bila menyaksikan kemesraan Allen Easther dengan lelaki lain.
`` Kau cemburu ya Ryaan?” tebak sahabatnya itu.
`` Buat apa? Dia bukannya siapa-siapa pun dalam hidup aku.”
`` Aku tau kau cemburu. Aku bukan kenal kau baru sehari dua.”
`` Habis, kalau aku cemburu kau nak buat apa?”
`` Buat bodoh. He.. he... he..” ujar Johnathan Philip sambil tersengih. Terasa ingin dilukunya kepala Johnathan Philip. Masa-masa ni pula dia nak buat lawak bodoh.
`` Sudahlah. Jom balik.”
`` Ok boss.” Mereka meninggalkan bangunan KFC tersebut. Seribu persoalan muncul di kepala Ryaan Emmanuel. Siapa lelaki yang bersama dengan Allen Easther? Apakah hubungan mereka? Kenapa mereka kelihatan begitu mesra sekali?
Sepanjang minggu itu, Allen Easther sangat sibuk dengan kerja-kerja dramanya. Hujung minggu itu dia manfaatkan sepenuhnya masa untuk merehatkan badan dan minda.
`` Al, mari minum petang sayang,” panggil Puan Maria. Allen Easther melangkah malas menuju ke arah meja yang terletak di halaman rumah. Kelihatan abang dan ayahnya sudah berada di situ. Mereka sedang rancak berbual. Apalagi yang dibualkan oleh Tuan Daniel dan Alexus Patrus kalau bukan berkenaan dengan urusan perniagaan keluarga mereka.
`` Al, mari minum. Papa ada benda nak bagitau Al.” Allen Easther duduk disebelah Tuan Daniel berhadapan dengan Alexus Patrus.
`` Ada apa papa?”
`` Mengenai abang kamu.” Tuan Daniel memulakan bicaranya.
`` Abang nak kahwin ke?” buru-buru Allen Easther bertanya. Alexus Patrus ketawa kecil mendengar soalan adiknya itu.
`` Bukanlah. Tiga minggu lagi abang kamu ni nak sambung study. Kali ni dia pilih bumi New Zealand.” Terang Tuan Daniel satu-persatu. Riak wajah Allen Easther terus berubah. Serasanya, baru saja abangnya itu balik dari Australia. Sekarang abangnya berhajat untuk sambung belajar lagi. Di tempat yang lagi jauh. Dia rasa berat hati.
`` Al, kenapa ni sayang?” tanya Puan Maria sambil mengusap lengan anak daranya itu.
`` Abang baru je balik. Sekarang nak pergi lagi. Nanti Al sunyi lagilah.”
`` Abang pergi bukannya lama pun. Sekejap je. Nanti kalau cuti, abang baliklah.” Pujuk Alexus Patrus.
`` Abang tak boleh ke sambung study dalam negara je?”
`` Al kan tahu abang lebih suka belajar di negara orang. Al pun tahu kan hobi abang melancong. Sambil study, abang boleh melancong juga. Sekaligus penuhkan hobi abang.”
Allen Easther tahu tentang hobi abangnya nan satu itu. Dia tahu dia tak boleh pentingkan diri juga. Namun dia sangat keberatan untuk berpisah jauh dari abangnya.
`` Apa lagi yang Al boleh katakan. Walau macam mana keberatan pun Al, Al tahu cita-cita abang. Takkan Al nak pentingkan diri pula.” Akhirnya Al bersuara setelah lama berdiam diri. Tuan Daniel tersenyum senang. Dia tahu, sangat susah bagi anak gadisnya itu untuk berpisah dengan satu-satunya saudara kandungnya. Pertama kali Alexus Patrus pergi menyambung pelajarannya di luar negara, seminggu Allen Easther demam.
`` Thank you dear. Nanti abang akan telefon selalu ya. Bukan lama pun abang kat sana. Dalam tiga tahun begitu. Al nanti datanglah melawat abang di sana masa cuti,” pujuk Alexus Patrus. Allen Easther hanya mampu tersenyum hambar.
No comments:
Post a Comment