Allen Easther melangkah tenang menuju ke arah bangunan seni persembahan. Sekolah tersebut mengandungi tiga bidang utama. Bidang pertama ialah bidang seni. Dimana bidang ini dibahagikan kepada beberapa sub bidang. Seni persembahan, seni lukis, dan seni tarian. Bidang yang kedua pula adalah bidang Sains. Dimana ia terbahagi kepada sains kimia, sains fizik, sains biologi dan matematik. Manakala bidang yang terakhir ialah bidang sukan. Dalam bidang sukan pula tidak dibahagikan kepada bidang tertentu. Sekolah ini sama seperti sekolah menengah yang lain, cuma bezanya mereka akan turut fokus kepada bidang yang diambil. Sekolah ini hanya terkenal dalam kalangan anak-anak orang berada dan terletak di pinggir bandar.
Allen Easter sempat menyapa beberapa orang kawannya. Dia terkenal dengan sikapnya yang peramah dan suka berkawan. Allen Easther turut mempunyai kawan-kawan yang belajar dalam bidang yang berlainan dengannya selain daripada kawan-kawan yang sama bidang dengannya. Daribudak sains hinggalah budak sukan, semuanya sangat menyenangi sikap Ellen Easther yang baik hati.
`` Al...” kedengaran namanya dipanggil. Allen Easther lantas menoleh. Terus bibirnya terukir senyuman tatkala melihat tuan yang empunya suara. Ruby Ruth melangkah tenang ke arahnya sambil senyuman terukir di bibirnya.
`` Ruth, awal kamu sampai,” ujar Allen Easther lalu memaut lengan kawannya itu.
`` Mana ada awal. Latihan dah nak start ni itu yang Al kata awal. Dan Al sayang, yang Al lambat ni kenapa? Bukan ke Al ni pengarah drama merangkap pelakon utama?”
`` ala... mana ada lambat. 10 minit lagi masa latihan bermula.”
`` Al kan pengarah. Patutnya datang awal. Bagi contoh yang baik pada anak buah.” Ruby Ruth terus berleter.
``Cik Ruth sayang, cukup-cukuplah membebel. Nanti Al bagi jawatan tu kat Ruth baru tau,” ugut Allen Easther. Ruby Ruth hanya tersenyum kecil mendengar ugutan kawan baiknya itu.
`` Nak serahkan jawatan wat apa. Cubalah serahkan watak utama tu, ada gak faedahnya.”
`` Betul ni? Boleh saja kalau itu yang Ruth nak,” Allen Easther menduga kawannya itu.
`` Ruth bergurau ja lah. Manalah Ruth mampu untuk memikul tugasan yang berat itu.”
`` Boleh saja. Asalkan berusaha lebih.”
`` Yalah tu. Nanti cikgu Adnand kita tu tentu akan kecoh kalau Al tarik diri dan bagi watak tu ngan Ruth. Ayat popular dia akan keluar, why?? What the problem??” Allen Easther ketawa kecil melihat Ruby Ruth meniru gaya cikgu Adnand.
Allen Easther tiba-tiba terasa yang dirinya diperhatikan. Dia berpaling melihat ke tepi padang. Untuk menuju ke bangunan seni persembahan, mereka harus melalui padang sukan. Pandangannya bertemu dengan pandangan seseorang. Allen Easther tersentak. Dia kenal pelajar lelaki yang merenungnya itu. Dia salah seorang pelajar yang boleh dikatakan popular dan namanya sering meniti di bibir pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Ryaan Emmanuel. Jaguh di padang sukan. Berkulit cerah walaupun hampir setiap waktu berpanas di tengah mentari. Tinggi dan tergolong dalam kategori handsome. Walaupun dia hanya tersenyum, akan terserlah lesung pipinya.
`` Al, apa yang Al pandang tu?” Ruby Ruth mencuit lengan kawannya itu. Allen Easther terkejut. Dia pantas mengalihkan pandangannya ke arah kawannya itu.
`` Tak ada apa-apa.”
`` Jangan nak tipu. Al pandang Ryaan kan?” Allen Easther tersipu malu apabila kedapatan.
`` Ryaan tu popular juga dikalangan pelajar perempuan sekolah kita. Tapi kan, saya hairanlah...” Ruby Ruth tidak menghabiskan bicaranya. Allen Easther menjungkitkan keningnya tanda bertanya kenapa.
`` Hairan sebab Al tidak berkawan dengan dia. Al berkawan dengan hampir semua orang di sekolah sukan itu, tapi kenapa tidak dengan Ryaan?” Allen Easther hanya menjungkitkan bahunya.
`` Entahlah. Al ada rasa nak tegur dia. Tapi bila dia pandang Al je, terus mukanya berubah serius. Yang hairannya, dengan orang lain, dia ok pula. Tu yang Al malas nak tegur dia. Biarlah. Lagipun Al dah punya ramai kawan. Kalau tak berkawan dengan dia rasanya tak rugi kot,” ujar Allen Easther panjang lebar. Mereka terus melangkah ke arah dewan tempat latihan drama.
`` Ruth yakin, suatu hari nanti tentu Al akan berkawan dengan dia. Ruth tak tau kenapa, tapi Ruth dapat rasakan.” Allen Easther hanya memandang kawannya itu dengan pandangan yang kosong. Kemudia dia tersenyum kecil.
`` Kenapa Al senyum?”
`` Kalau apa yang Ruth kata tu terjadi, baguslah.” Ujar Allen Easther lalu menuju ke arah pintu dewan. Allen Easther melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Dia mengukir senyuman kepada anak buahnya. Masing-masing memegang skrip di tangan. Mungkin menghafal dialog sebelum latihan dimulakan.
`` Selamat petang semua. Maaf, Al terlambat.”
`` Ala director, lambat lima minit je,” ujar salah seorang anak buahnya. Allen Easther tersenyum.
`` Lima minit pun lambat juga.” Itulah yang menyebabkan Allen Easther sangat disenangi oleh kawan-kawannya. Dia seorang yang sangat rendah hati. Tidak pernah berfikir bahawa dia lebih dari orang lain.
`` Tak pa Al. Lagipun bukan selalu kamu datang lambat.”
`` Thank you. Oklah mari kita mulakan latihan kita. Nanti lewat pula habis.” Allen Easther menepuk tangannya beberapa kali tanda meminta semua pelakon-pelakon pentas itu berkumpul dihadapannya. Semua orang faham dengan tanda isyaratnya. Latihan drama itu dijalankan seperti biasa pada petang itu. Semua ahli memberi komitmen yang baik untuk latihan itu. Ini kerana persembahan mereka nanti akan memberikan markah sebanyak enam puluh peratus dari markah keseluruhan.
Ryaan Emmanuel menghabiskan lariannya mengelilingi padang sukan tersebut. Petang ini seperti petang yang sebelumnya, dia dan kawan baiknya Johnathan Philip membuat latihan bersama. Selepas merenggangkan otot-otot badannya, dia mengambil tempat di sebelah Johnathan Philip.
`` Kenapa dengan kamu ni Ryaan? Lain macam je aku tengok.”
`` Tak ada apa-apa.”
`` Tak payahlah kau nak tipu aku, Ryaan. Tadi aku perasan juga kau asyik pandang si Al tu.” Kedengaran Ryaan Emmanuel mengeluh kecil.
`` Kau ni kan, sampai macam tu sekali kau perhatikan aku, John.”
`` Orang lain bolehlah kau tipu. Aku ni kau nak tipu, kenalah kau fikir dua tiga puluh kali.” Ryaan Emmanuel ketawa kecil mendengar kata-kata kawannya itu. Johnathan Philip memang kawannya yang sangat memahami. Dia senang berkawan dengan Johnathan Philip.
`` Entahlah John. Aku teringin menegurnya. Tapi aku jadi kaku kalau bila bertentang mata dengannya.”
`` Al tu budak baik. Dia kawan dengan semua orang. Aku yakin, kalau kau ambil langkah pertama, pasti kau akan berkawan dengan dia.”
`` Aku sudah pun berkawan dengan dia” Ryaan Emmanuel berbisik kecil.
`` Apa dia?” tanya Johnathan Philip. Dia tidak berapa jelas dengan apa yang dikatakan oleh Ryaan Emmanuel.
`` Tak ada apa-apa.” Pantas sahaja Ryaan Emmanuel menjawab. Hanya dia yang tahu tentang perkenalannya dengan Allen Easther di alam maya. Sejak memperoleh email Allen Easther, dia kerap menghantar email pada gadis tersebut. Walaupun pada mulanya Allen Easther tidak melayan semua emailnya, tapi berkat kesungguhannya, bibit-bibit persahabatan mula terjalin diantara mereka. Dia tersenyum sendiri bila mengenangkan semua itu.
`` Oh ya, siapa partner kau pada malam festival sekolah nanti?” Johnathan Philip bertanya pada temannya itu. Wajah Ryaan Emmanuel dipandangnya sekilas.
`` Entahlah. Aku tak terfikir lagi yang itu. Aku pun buntu bila asyik mengelak dari budak Winnie tu.” Terletus ketawa kecil dari dua ulas bibir Johnathan Philip.
`` Ala, Winnie tu pun tak kurang popular dia. Kau pergi sajalah dengan dia.” Usik Johnathan Philip.
`` Ish, tak kuasa aku... Kau ajalah pergi dengan dia John.” Usul Ryaan Emmanuel pula. Temannya itu memandangnya dengan mata yang membulat.
`` Kau gila... Habis Rynna tu aku nak campak kat mana? Mau nya lebam biji mata aku ni nanti.” Ryaan Emmanuel tertawa besar mendengar kata-kata temannya itu. Rynna Ann adalah teman wanita kawannya itu. Dia sedia maklum bahawa Rynna Ann merupakan peserta teakwando sekolah.
`` Dahlah. Jom kita balik.” Ajak Ryaan Emmanuel setelah ketawanya reda.
`` Ala, jomlah teman aku kejap. Aku nak cari baju yang sesuai untuk malam tu nanti.”
`` Kau ajaklah Rynna temankan kau. Lagipun, bukan ke malam tu dua minggu dari sekarang? Yang kau beria-ia nak membeli baju untuk malam tu sekarang kenapa?”
`` Ala... Saja nak bermanja dengan kawan baik aku ni. Bolehlah Ryaan.” Pujuk Johnathan Philip. Ryaan Emmanuel tersenyum mendengar bicara kawannya itu.
`` Bermanja konon. Tak cukup lagi ke kau tu bermanja dengan si Rynna tu?”
`` Bermanja dengan Rynna tak sama bermanja dengan kau. Rynna special sikit,” ujar Johnathan Philip sambil tersengih macam kerang busuk. Ryaan Emmanuel tersenyum mendengar kata-kata Johnathan Philip.
`` Pandailah kau. Oklah, aku temankan kau. Cepat kemas semua barang-barang ni. Nanti lewat pula.”
`` Ok boss.” Mereka mengutip segala peralatan sukan yang digunakan. Peralatan itu disimpan semula di dalam stor sukan. Setelah selesai menyimpan semua peralatan, mereka berjalan beriringan menuju ke arah tempat letak kereta. Ryaan Emmanuel lebih senang memandu sendiri ke sekolah berbanding daripada dihantar oleh pemandunya.

No comments:
Post a Comment