Sepulangnya dari sekolah Allen Easther terus masuk ke dalam biliknya. Allen Easther terus menghidupkan komputer ribanya. Dia ada temu janji alam maya dengan sahabat internetnya. Persahabatan mereka berdua baru sahaja terjalin tiga bulan. Itupun setelah si Summer tidak putus-putus menghubunginya. Pada mulanya, Allen Easther langsung tidak pernah memperdulikan semua email yang dihantar oleh Summer. Tetapi lama-kelamaan dia tertarik dengan kesungguhan Summer. Sebaik sahaja Allen Easther mendaftar masuk Ymnya, kelihatan Summer telah menunggunya.
Authum: Lama dah tggu?
Summer: xlah.. baru saja online nie... nie mesti cepat2 on laptop ni kan? Hehe..
Authum: Aik... mcm tau2 sj kamu ni.. hehe... kan dah janji.. nnti ada yg merajuk nnti.. J
Summer: Sapa yg nak merajuk??? Huhu.. So, apalh aktiviti ptg nie?
Authum: haha... Petang ni mcm biasalh, ada lthn drama... ada ptunjukkn bulan depan..
Summer: chaiyok.. chaiyok... nanti sy dtg tgk km blakon ya... hehe..
Authum: eleh... mcmla boleh dtg...
Summer: Demi tuanku putri, pasti boleh... hehehe..
Authum: Bukannya kamu kenal sy pun... hehe... kenapa km tak nak bg gmbr kamu?
Summer: Apalah yg ada pd rupa sy ni... muka tak hensem.. gigi jongang... mata juling... hehe
Authum: penipu tol la...
Summer: betul lah... kalau sy jongang n juling, awk tak maulh kwn ngan sy ya???
Authum: berkawan kena ikhlas... kalau sy tak mau bkwn dgn awk, sy akn terus2 tak lyn email awk...
Summer: betul ke awk ikhlas kwn dgn sy???
Authum: tak caya sudah... L
Summer: ok.. ok... sy pcy.. hehe...
Authum: k lah summer... mama sy dh panggil tu... sy pun kelaparan tahap cipan ni... hehe... nnti kita chat lg ya... bye2..
Summer: ok... bye2... tc..
Allen Easther tersenyum sendiri. Dia sangat senang hati selepas berbual dengan teman alam mayanya itu.
`` Al, turun makan,” panggilan kedua Puan Maria.
`` Ya ma.. Al nak turunlah ni.”
Sesampai di meja makan kelihatan Puan Maria, mamanya dan Alexus Patrus, abangnya sedang menunggu. Papanya, Tuan Daniel memang jarang makan tengah hari bersama kerana sibuk di pejabat. Allen Easther mencium pipi Puan Maria kemudian pipi Alexus Patrus. Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan abangnya itu.
`` Kenapa Al lambat turun?” tanya Alexus Patrus. Al memandang abangnya sejenak lalu menghadiahkan sekuntum senyuman.
`` Chat dengan kawan tadi. Sebab tu lambat turun.”
`` Kamu ni Al, tak habis-habis dengan kawan alam maya kamu tu,” Puan Maria menyampuk.
`` Bukan twenty four seven pun mama. Sehari sekali je.”
`` Ada-ada sajalah jawab kamu ni. Dah, jom makan. Sebab kamu lambat turun, makanya, kamulah yang berdoa ya,” ujar Puan Maria sambil tersenyum.
`` Ok mama. Mari kita berdoa. Ya bapa di Syurga, kami bersyukur dengan makanan yang tersedia pada hari ini. Terima kasih Bapa. Engkau sucikanlah dan kuduskanlah semua makanan ini agar bebas daripada segala kutukan dan memberikan kesihatan yang baik untuk tubuh badan kami. Dalam nama Yesus kami berdoa, amin.”
Selesai berdoa, kami menikmati makanan tengah hari tersebut. Sekali-sekala Allen Esther dengan Alexus Patrus berbual mengenai isu-isu semasa yang terjadi pada masa sekarang. Puan Maria hanya menjadi pendengar yang setia.
`` Al buat apa petang ni?” Puan Maria bertanya pada anak gadisnya itu. Allen Easther lantas memandang muka mamanya.
`` Macam biasalah ma.. Ada latihan drama di sekolah. Bulan depan ada show.”
`` Janganlah risau. Mama tau anak mama ni terer berlakon.”
`` Yalah tu mama. Pandailah mama nak bodek Al,” Allen Easther tertawa kecil bila melihat rona wajah Puan Maria cemberut.
`` Mana ada mama bodek. Al ni, kecik hati mama.”
`` Alala... Janganlah kecik hati mama. Al bergurau sahaja.” Allen Easther lantas memeluk bahu Puan Maria. Puan Maria tersenyum dengan keletah manja Allen Easther.
`` Abang, nanti hantar Al ke sekolah boleh? Saja nak bermanja dengan abang pula,” Allen Easther membuat muka manja anak kucing.
`` Eleh, nak cairkan hati abang dengan muka anak kucing dialah tu. Abang boleh hantar, tapi kena bayar pengerasnya tau,” kata Alexus Patrus sambil tersengih. Wajah Allen Easther terus cemberut.
`` Apalah abang ni.. Kalau tak nak hantar sudah. Al naik teksi saja kalau begitu.”
`` Merajuk lah ni?” Alexus Patrus masih mengusik adiknya.
`` Mana ada. Dah orang tak mau hantarkan nak kata apa lagi. Dah lah mama, Al nak pergi bersiap ni. Nanti mama tolong call teksi,” pinta Allen Easther lalu melangkah menuju ke anak tangga.
`` Ha..ha..ha... Adik abang ni... Janganlah merajuk. Abang bergurau saja tadi. Nanti abang hantarkan Al ya. Lepas tu, balik nanti abang ambilkan juga. Jangan marah lagi ya,” Alexus Patrus memujuk adiknya itu. Allen Easther terus tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik.
‘’ Tau pun takut. Kejap, Al nak bersiap jap.” Alexus Patrus hanya tersengih mendengar kata-kata Allen Easther. Satu-satunya adik yang dia miliki di dunia ini.
Di dalam kereta, Allen Easther menyanyi kecil mengikut lagu yang dipasang oleh abangnya.
‘’ Alive... In You we’re so alive... with new hopes in our heart... for the freedom that you gave... yeah the freedom in our lives... “
`` Gembira nampaknya adik abang ni,” ujar Alexus Patrus sambil menjeling Allen Easther.
`` Alah abang, hidup Cuma sekali, kenalah enjoy kan diri sendiri.”
`` Pandailah Al jawab. Ni nanti balik kul berapa?”
`` Napa? Abang nak jemput ke?” bersinar mata Allen Easther memandang wajah Alexus Patrus. Abangnya itu hanya tersenyum melihat sinar mata adiknya.
`` hmm... Cadangnya begitulah. Ingat nak belanja adik abang yang comel ni makan kat KFC nanti,” Allen Easther menjerit kecil. Teruja dengan kata-kata abangnya itu.
`` Haiyaa... jangan menjerit. Al ni excited semacam je. Macam tak pernah makan kat KFC tu.”
`` Ala abang ni. Al excited sebab abang nak belanja Al. He... he... he...” Alexus Patrus hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan keletah Allen Easther.
`` Nanti kol abang kalau dah habis latihan. Abang jemput Al.”
`` Ok. Abang berhenti disini. Nanti Al jalan kaki masuk ke sekolah.”
`` Kenapa pula?” Alexus Patrus memandang wajah adiknya dengan reaksi yang hairan.
`` Alah bang, saja je Al nak exercise sikit. Baik untuk pernafasan. Kan ke semasa persembahan, pernafasan yang baik sangat perlu.”
`` Ada-ada sajalah jawapan kamu ni.” Alexus Patrus memberhentikan keretanya di bahu jalan.
`` Oklah abang. Al pergi dulu. Nanti Al kol kalau Al dah habis latihan.” Ujar Allen Easther lalu mencium pipi abangnya.
`` Ok sist. Take care,” Alexus Patrus mengusap sepintas rambut adiknya. Allen Easther menunjukkan tanda peace dengan tangannya sambil mengeyitkan mata pada abangnya. Alexus Patrus hanya menggeleng perlahan kepalanya melihat keletah manja adiknya yang seorang itu.
saya sebetulnya belum tahu nak letak tajuk apa. jadi, nanti sy akan fikirkan tajuk yang sesuai...hehe.. peace no war....
ReplyDelete